kerabu mangga ala thai

Kalau kat rumah ada buah mangga, boleh cuba buat menu kerabu mangga ala Thai ini.

Memang sangat sedap, lagi-lagi bila tergigit udang kering dan kacang goreng yang ada dalam kerabu mangga ini.

Ditambah pula dengan rasa masam-masam buah mangga yang pasti buat anda terliur! Nak cuba buat? Ikut saja resipi yang dikongsikan di bawah ini.

CARA BUAT KERABU MANGGA ALA THAI

Bahan-bahan:

  • Mangga (diracik)

  • Udang kering (disangai & kisar kasar)

kerabu mangga ala thai

  • Kacang goreng (ditumbuk)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Serai
  • Cili padi
  • Air limau nipis
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Sos sotong @ ikan
  • Garam
  • Gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Semua bahan diracik @ dihiris @ dimayang halus, kemudian campurkan semua sekali. Gaul sehingga sebati.

kerabu mangga ala thai

2. Sesuaikan mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

kerabu mangga ala thai

Tips: Nak sedap lebihkan udang kering, nak letak daun ketumbar pun boleh.

Kredit: Asma Nordin

Baca juga: Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang, Ratah Pun Sedap Sampai Tak Sedar Habis 1 Bekas

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN