Categories: Resipi

Resipi Kek Butter Lorek Cantik, Kena Guna ‘BUTTER’ Ini Baru Wangi

Rahsia resipi kek butter yang sedap adalah kualiti butter itu sendiri. Wajib menggunakan pure butter yang berkualiti dan sesuai dengan selera masing-masing.

Resipi ini juga senang sangat-sangat. Menurut pemilik resipi ini, beliau telah telah mencuba banyak jenis butter. Pilihan pertama beliau ialah LA BELLE D’ANDIANE butter kerana rasanya yang sedap dan wanginya yang memikat.

Jadi jom kita tengok bersama.

Baca juga: Resipi Donat Pandan Harum Semerbak, Ini Petua Supaya Lebih Lembut!

RESIPI KEK BUTTER VANILLA CHOCOLATE MARBLE

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 250 gram butter premium (saya suka guna La Belle D’Andaine Butter)
  • 150 gram gula kastor
  • 4 biji kuning telur
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar sirap emas
  • 200 gram tepung naik sendiri
  • 65 gram susu penuh krim

Bahan B:

  • 4 biji putih telur
  • 50 gram gula kastor

Bahan C:

  • 15 gram serbuk koko

Saiz Loyang:

  • 9 inci

Suhu dan Masa:

  • Suhu: 170 darjah Celsius
  • Masa: 35-40 minit

Cara-cara:

1. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan semua gula larut, kira-kira 12-15 minit dengan kelajuan sederhana hingga tinggi.

 

2. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi selama 5-7 minit.

3. Masukkan esen vanilla dan sirap emas, gaul sebati.

4. Masukkan tepung naik sendiri dan susu secara berselang-seli sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kelajuan rendah hingga habis.

5. Dalam mangkuk yang lain dan bersih, pukul putih telur dan gula sehingga menjadi meringue dengan tekstur soft peak.

6. Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan kek dan gaul perlahan-lahan dengan spatula. Jangan gunakan mixer. Kemudian, masukkan lebihan adunan putih telur dan gaul hingga sebati.

7. Asingkan 1/3 adunan dan campurkan dengan serbuk koko. Gaul hingga sebati.

8. Masukkan adunan vanilla dan coklat secara berselang-seli ke dalam loyang.

9. Akhir sekali, gunakan lidi atau pisau untuk membuat lorekan bagi mendapatkan kesan marble.

10. Bakar sehingga masak. Uji dengan cake tester atau lidi sate dan pastikan keluar dalam keadaan bersih.

Selamat mencuba dan menikmati Vanilla Chocolate Marble Cake yang sedap dan wangi ini!

Sumber: Food Makan

Baca juga: Chewy Fudgy Brownies Ketagih, Kena Ikut TIP Ini Baru Best!

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago