Setiap kali tiba musim durian, ramai berlumba-lumba mencuba resipi yang menggunakan durian sebagai bahan utama. Tak kurang juga ada yang cuba buat Puding Roti Durian.
Jika anda belum dengar tentang puding roti, sebenarnya ia merupakan pencuci mulut yang menggunakan kepingan roti yang dikoyak-koyakkan.
Cara membuatnya tanpa bakar dan tak remeh menjadikan puding roti diminati ramai. Sekarang sudah ada pelbagai perisa yang sedap belaka.
Zura Zul telah sudi berkongsikan di Facebook tentang resipi Puding Roti Durian yang dibuat. Apa yang menarik perhatian ramai adalah bentuknya yang cukup cantik.
Baca juga: Cara Buat Puding Karamel Cantik Tanpa Gagal, Manis Pun Cukup Rasa!
Bahan A:
Bahan B:
Cara-cara:
1. Masak air dan agar-agar hingga larut agar-agar.
2. Masukkan gula, kemudian kacau-kacau rata.
3. Kisar semua bahan B sampai hancur.
4. Tuang ke dalam periuk agar-agar tadi, kemudian kacau-kacau sebatikan dan biar mendidih seketika.
5. Bahagikan adunan 2 bekas sama banyak, warnakan hijau dan kuning.
6. Dari bekas warna tadi, asingkan 1/2 cawan untuk hijau dan 1/2 cawan untuk kuning.
7. Sediakan loyang 8×8, kemudian tuang adunan hijau dan biarkan beku seketika. Selepas itu yang kuning pula.
8. Jika agar-agar yang diasingkan tadi keras, panaskan semula atas api perlahan
9. Gunakan sudu kecil dan titis-titiskan berselang seli hijau kuning atas permukaan puding yang kuning, kemudian bekukan dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam.
10. Keluarkan puding dari loyang, kemudian boleh potong ikut suka. Siap!
Jika tekak teringin makan Puding Roti Durian, tinggal keluarkan saja dari peti. Ia enak dimakan sejuk-sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber: Zura Zul
Baca juga: Resepi Puding Coklat Tanpa Gagal, Ada Bahan ‘Ini’ Baru Tak Hancur
Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…
Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…