resipi kek butter moist 

Sedapnya kek butter. Biasa beli je kan? Apa kata jom buat sendiri dengan menggunakan resipi kek butter moist di bawah.

Kek butter ini sangat gebu, lembut dan moist! Makan satu memang takkan cukup. Ibu-ibu boleh cuba buat nanti untuk minum petang bersama seisi keluarga tercinta.

Resipi Kek Butter Moist

Bahan-bahan:

  • 150gm Butter (cairkan) nak sedap guna pure butter
  • 170gm Gula castor (kak beha tak suka manis sangat)
  • 210gm Tepung gandum (kak beha guna bakers choice)
  • 5 biji telor (grade A)
  • 50gm Ovallete
  • 50ml susu full cream
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh baking powder

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dalam bekas kecuali butter.
  2. Pukul menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi sehingga kembang putih.
  3. Akhir sekali masukkan butter yang dibiarkan sejuk sediit. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula sehingga sekata.
  4. Panaskan oven dahulu pada suhu 160°c pada suhu 5 minit.
  5. Guna loyang 8×8 yang dialaskan dengan baking paper. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
  6. Keluarkan dan terbalikkan atas redai selama 10 minit.

resipi kek butter moist

resipi kek butter moist

Kredit: Sobehah Ramli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN