Jom cuba resipi kari ayam tanpa santan yang unik tapi sedap. Resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook.
Menurutnya, resipi ni diperolehi dari pelakon, Kenchana Dewi. Ada bahan yang jarang diletak iaitu daun pandan dan benti.
Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!
Resipi Kari Ayam Tanpa Santan Yang Unik Tapi Sedap
Bahan-bahan:
- Ayam 1/2 kg
- 4 sekawan
- 1 sudu jintan manis
- 1 biji bawang besar dimayang
- Secekak cili kering cuci & potong2 buang biji
- Segenggam daun kari
- 1 batang serai ketuk & koyakkan sikit
- 3 biji cili padi potong pendek
- 3-4 sudu serbuk kari ayam
- 1 sudu serbuk kunyit
- 2 sudu serbuk cili
- 1 ketul kiub ayam
- Daun pandan
- Kentang
Bahan kisar:
- Halia besar ibu jari
- Bawang putih 4 ulas
- 1 biji tomato
- 4 biji bawang merah
- 1 batang serai
- 3 biji cili padi
Cara-cara:
1. Tumis 4 sekawan dan 1 sudu jintan manis.
2. Masukkan pula bawang besar, cili kering, daun kari, serai dan cili padi. Tumis semua bahan sampai wangi.
3. Kisar semua bahan kisar.
4. Masukkan bahan kisar ke dalam tumisan tadi. Tumis lagi sampai naik minyak.
5. Masukkan ayam. Kacau sebati, biarkan ayam mengecut.
6. Masukkan serbuk kari ayam, serbuk kunyit, serbuk cili dan kiub ayam. Kacau sebati.
7. Letakkan daun pandan. Kemudian masukkan air, ikut selera nak pekat atau cair.
8. Masukkan kentang.
9. Biarkan mereneh sehingga kenyang dan ayam masak sekata. Waktu ini masukkan garam secukupnya.
10. Letakkan tomato atau bendi.
11. Perah lemon.
12. Kacau-kacau, siap! Selamat mencuba.
Kredit: Meong