cekodok oat

Pasti ramai yang pertama kali dengar cekodok oat, kan? Selalunya kita buat cekodok pisang atau cekodok manis saja. Jadi kali ini, apa kata cuba versi yang sedikit berbeza.

Resipi ini bukan saja mudah, tapi juga lebih sihat sebab guna oat. Kalau belum pernah cuba, memang rugi. Sebab bahan-bahannya pun senang sangat nak cari!

Baca juga: Resipi Cekodok Jagung Lemak Manis & Wangi, Tak Guna Air Panas Pun ‘Kembung’ Elok!

RESIPI CEKODOK OAT

cekodok oat

Bahan-bahan:

  • 2 cawan oat segera (boleh guna apa-apa jenis oat ikut suka)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar gula (kalau suka manis, boleh tambah)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 cawan air suhu bilik
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:

  1. Satukan semua bahan dalam satu bekas dan gaul hingga sebati. Kalau adunan terlalu pekat, boleh tambah sedikit air supaya senang dibentuk.
  2. Panaskan minyak atas api sederhana, kemudian sudukan adunan dan goreng hingga keperangan. Pastikan jangan hangus supaya bahagian dalamnya kekal lembut.
  3. Kalau nak versi lebih sihat, boleh juga masak dalam air fryer pada suhu 180°C selama 10-12 minit, siap untuk dihidang!

Sumber resipi dan gambar: Izzra Sheda

Baca juga: Cekodok Pisang Simple, Bau Wangi Lepas Goreng Terus Teringat Suasana Dapur Nenek!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN