Biasanya kita selalu masak ikan stim halia, stim limau saja kan? Apa kata kali ini jom cuba resipi lain pula seperti ikan stim ala nyonya ini.
Uniknya masakan ini boleh menggunakan apa-apa jenis ikan yang ada. Tapi biasanya orang menggunakan ikan siakap, ikan talapia atau ikan jenahak kerana isinya yang banyak.
Kalau ada yang nak cuba masak, ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Florence Jonathan di bawah. Selamat mencuba!
Cara Buat Ikan Stim Ala Nyonya Simple & Sedap
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan yang telah dibersihkan (boleh guna mana-mana ikan seperti talapia)
- Garam, gula secukupnya
- Sayur-sayuran (optional)
Bahan kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang merah besar
- 2 batang serai
- 1 inci halia
- 3 biji cili merah besar
- 2 biji cili padi (ikut masing-masing)
- 1 inci kunyit hidup
- 1 kuntum bunga kantan
- Sos ikan secukupnya
- Jus limau nipis secukupnya (atau guna setengah biji lemon)
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan kisar, kisar semuanya sehingga lumat.
2. Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
3. Kemudian perasakan dengang garam dan gula secukupnya.
4. Lumurkan ke atas ikan dan kukus sehingga masak.
Selamat mencuba!
Kredit: Florence Jonathan