ikan siakap masak asam

Ada ikan siakap tapi tak tahu nak masak apa? Bosan juga asyik masak ikan siakap 3 rasa kan. Jom cuba masak Ikan Siakap Masak Asam Jawa ala Thai ni pula.

Sekali cuba pasti akan jatuh cinta sebab rasa dia sedap sangat! Perkongsian resipi di bawah telah dikongsi oleh Puan Suhana Mohd Khalid.

Menurutnya, menu tersebut pertama kali dicuba ketika di Langkawi. Bila balik rumah, sampai teringat-ingat sebab terlampau sedap. Jom kita sama-sama cuba buat nanti ya!

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Stim Limau Yang Lembut & Wangi, Nak Lagi Sedap Kena Lebihkan ‘1 Bahan’ Ini

RESIPI IKAN SIAKAP MASAK ASAM JAWA ALA THAI

Bahan-bahan tumis:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili padi
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Gula melaka
  • Tomato
  • Air asam jawa secukupnya
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasaikan siakap masak asam

Cara-cara membuatnya:

  1. Lumurkan kunyit, garam dan tepung jagung pada ikan. Goreng sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan sementara membuat kuahnya.

  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi.
  3. Tambah sos tiram, sos tomato, gula melaka dan tomato.
  4. Masukkan juga air asam jawa secukupnya.
  5. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  6. Sedia untuk dicurahkan ke atas ikan.

    ikan siakap masak asam

Mudah je kan caranya? Nanti kita cuba masak sama-sama ya. Confirm suami dan anak-anak suka! Selamat mencuba.

Kredit: Suhana Mohd Khalid

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN