ikan masak bawang asam 

Seorang pengguna Facebook, Khairum Hakimin Muhammad ada berkongsikan resipi ikan masak bawang asam yang sedikit lain dari masakan melayu.

Menurutnya, menu ini ada rasa masam dan rasa rempah yang ringan. Bahan-bahan dan cara penyediaannya juga tidak susah mana. Kalau ada yang nak cuba, ikut je resipi di bawah ya.

Baca juga: Lauk Simple Tapi Padu Habis! Jom Cuba Buat Kentang Goreng Berlada Dengan Ikan Bilis

CARA BUAT IKAN MASAK BAWANG ASAM

Bahan-bahan:

  • 7-10 ekor ikan kembung atau selar atau sardin
  • 2-3 biji tomato separa masak
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 biji bawang merah India
  • 1 senduk cili kering kisar
  • 1 sudu besar halba campur (jintan manis, halba, biji sawi)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji cili hijau besar
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • Garam

Untuk menggoreng:

  • 2 susu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • Sedikit garam

Cara-cara memasak:

  1. Gaulkan serbuk cili, serbuk kunyit dan garam bersama ikan.

    ikan masak bawang asam 

  2. Goreng dalam minyak panas.

  3. Angkat dan ketepikan.

  4. Guna kuali lain, masukkan minyak goreng ikan tadi. Jangan semua tau. Agak-agak je.

  5. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili hijau besar, daun kari dan tomato sehingga layu layu sikit.

  6. Masukkan halba campur. Tumis lagi.

  7. Masukkan sesenduk cili kering kisar.

  8. Masukkan pes asam jawa.
  9. Kalau pekat sangat masukkan sedikit air.

  10. Masukkan garam gula secukup rasa.

    ikan masak bawang asam 

  11. Dah pecah minyak, Masukkan ikan goreng tadi.

  12. Siap! Selamat mencuba.

    ikan masak bawang asam 

Kredit: Khairul Hakimin Muhammad

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN