ikan kurau masin

Bagi penggemar lauk kampung, ikan kurau masin cili api antara menu ringkas yang cukup membuka selera. Gabungan ikan masin yang digoreng garing bersama tumisan cili api dan kunyit hidup menghasilkan rasa pedas, masin dan wangi yang memang sesuai dengan nasi panas.

Resipi ini juga sesuai disediakan ketika buntu memikirkan menu harian. Tak perlu banyak lauk di atas meja, cukup dengan ikan kurau masin cili api, nasi putih panas dan sedikit ulam atau sayur sebagai pelengkap.

Rahsia kesedapan menu ini terletak pada tumisan bahan kisar yang dimasak sehingga pecah minyak. Bila bawang, cili api dan kunyit hidup mula naik bau, aroma lauk ini memang boleh buat satu rumah rasa lapar.

Baca juga: Resipi Ikan Kayu Masak Cuka, Lauk Kampung Dengan Rasa Masam Manis Yang Memang Tak Jemu

RESIPI IKAN KURAU MASIN CILI API

ikan kurau masin

Bahan-bahan:

  • Isi ikan kurau masin secukupnya
  • Bawang besar
  • Bawang kecil secukupnya
  • Cili api mengikut tahap kepedasan
  • Kunyit hidup secukupnya
  • Asam keping
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan isi ikan masin dan potong mengikut saiz yang sesuai.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan masin terlebih dahulu sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Kisar kasar bawang besar, cili api dan kunyit hidup.
  4. Gunakan sedikit minyak daripada gorengan ikan tadi, kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan asam keping, ikan masin yang telah digoreng dan bawang kecil.
  6. Gaul rata dan masak sehingga bawang kecil menjadi sedikit jernih.
  7. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika perlu. Pastikan rasa terlebih dahulu kerana ikan masin sudah mempunyai rasa masin semula jadi.
  8. Bila semua bahan sebati dan cukup masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Tip: Jika menggunakan ikan kurau masin yang terlalu masin, boleh rendam seketika dalam air sebelum dimasak untuk mengurangkan rasa masin. Tumis bahan cili dan kunyit sehingga betul-betul pecah minyak supaya sambal lebih tahan lama dan lebih sedap.

Sumber: Rozzieta Abd Rahim

Baca juga: Asam Pedas Ikan Darat Paling Mudah, Resipi Masakan Kampung Yang Buat Ramai Rindu Air Tangan Mak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN