ikan bilis kentang

Masak Ikan Bilis Kentang Berempah ni senang je! Siapa je tak suka lauk mudah dan sedap. Jimat masa kita nak memasak di dapur.

Resipi asal ini telah dikongsikan oleh Nurul Ateekah di Facebook memang menarik hati min betul untuk menulis artikel ini.

Bahan utama cuma kentang dan ikan bilis. Ada lauk ni je pun dah cukup dah kalau orang bujang, lepastu tinggal masak nasi panas je fuhhh layan makan lauk ni.

Baca juga: Cara Buat Kari Terung Ikan Masin Kurau, Mesti Naik Selera!

Jom kita cuba resipi ni.

Resipi Ikan Bilis Kentang Berempah

Bahan-bahan:


Ikan bilis 1 cawan (dibasuh dan digoreng)
Ubi kentang 5 biji (hiris nipis)
Cili merah 1 (dibelah)
Cili hijau 1 (dibelah)
Bawang besar 1 (dihiris)
Bawang putih 3 ulas(dihiris)
Daun kari 2 tangkai
Serbuk kari 1 sudu besar
Cili kisar 5 sudu besar
Kicap manis 3 sudu besar
Serbuk perasa
Gula

Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, masukkan ubi kentang goreng sehingga keperangan dan sedikit garing. (Angkat dan ketepikan)

2. Kemudian masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga masak rangup. (Angkat dan ketepikan)

3. Gunakan minyak yang sama , tumis bawang putih , daun kari dan bawang besar sehingga naik bau.

4. Perlahankan api, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

5. Kemudian masukkan serbuk kari. Gaulkan sehingga sekata.

6. Masukkan kicap, serbuk perasa dan gaulkan sebati.

7. Masukkan cili hijau, cili merah , ubi kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi , gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika.


8. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!


Sumber: Nurul Ateekah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN