gulai lemak udang

Kalau teringin nak makan masakan kampung, gulai lemak udang dengan pucuk paku ini memang wajib cuba. Kombinasi rasa lemak santan, pedas cili api dan manis udang segar, ditambah pula dengan pucuk paku yang lembut memang padu!

Resipi ini mudah saja tapi hasilnya memang buat makan bertambah. Sesuai sangat kalau nak masak cepat tapi tetap nak makan lauk kampung yang membuka selera. Jom cuba resipi penuh di bawah!

Baca juga: Resipi Udang Harimau Kam Heong, Bau Wangi Menggoda Buat Selera Terangkat!

RESEPI GULAI LEMAK UDANG DAN PUCUK PAKU PAKIS

gulai lemak udang

Bahan tumbuk:

  • 6 biji cili padi (ikut tahap pedas masing-masing)
  • 4 ulas bawang kecil (bawang rose)
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan
  • Sedikit ikan bilis

Bahan lain:

  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 kotak kecil santan (200ml)
  • Sedikit air
  • Sedikit garam (ikut rasa)
  • 1 keping asam keping
  • Udang segar (dibersihkan)
  • 1 ikat pucuk paku (dikerat dan dibersihkan)

Cara memasak:

  1. Tumbuk semua bahan dalam senarai bahan tumbuk hingga lumat.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk. Tambah serai dan sedikit air.
  3. Nyalakan api sederhana dan biarkan bahan reneh sekejap supaya naik bau.
  4. Masukkan santan dan kacau perlahan supaya tak pecah santan.
  5. Tambahkan garam dan asam keping.
  6. Biarkan kuah mendidih perlahan.
  7. Masukkan udang dan biarkan ia masak sekejap.
  8. Akhir sekali, masukkan pucuk paku. Gaul rata dan tunggu hingga pucuk paku layu.
  9. Bila dah layu, tutup api dan sedia untuk dihidang!

Sumber: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Kari Udang & Bendi, Ada Lebihan Kuah Sesuai Untuk Cicah Roti

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN