resepi kari ikan merah

Buntu nak masak apa hari ini? Kalau teringin lauk berkuah yang padu dan menaikkan selera, resepi kari ikan merah ini memang pilihan tepat. Dengan kuah yang pekat, aroma rempah yang kuat dan rasa lemak santan yang seimbang, hidangan ini cukup sempurna untuk dinikmati bersama nasi panas.

Menariknya, resepi ini menggunakan teknik tumis hingga “pecah minyak” yang menjadi rahsia utama menghasilkan kari yang betul-betul sedap seperti di kedai. Walaupun bahan-bahannya ringkas, hasilnya memang luar biasa!

Baca juga: Cara Guna Santan Kotak Dengan Betul Supaya Kuah Gulai, Kari & Rendang Pecah Minyak Cantik

RESEPI KARI IKAN MERAH PEKAT SEDAP

resepi kari ikan merah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah (dibersihkan dan rendam dengan lemon seketika)

Bahan-bahan hiris:

  • 3 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan-bahan lain:

  • Daun kari
  • 3 biji tomato ranum (potong dadu)
  • 5 biji cili padi panjang
  • ½ sudu kecil rempah campur biji
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 2–3 sudu besar serbuk cili
  • Sedikit air
  • Air asam jawa
  • Bendi
  • ½ kotak santan
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa (pilihan)

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis bahan hiris

Panaskan minyak, masukkan semua bahan hiris bersama daun kari. Tumis hingga wangi dan sedikit garing.

2. Masukkan tomato dan cili padi

Tumis sampai tomato lembut dan hancur.

3. Masak rempah kari

Masukkan rempah kari ikan dan serbuk cili. Kecilkan api.

Tambahkan sedikit air dan ulang 3 kali sehingga minyak benar-benar pecah.

4. Masukkan air asam jawa

Biarkan kuah mendidih dan sebati.

5. Masukkan ikan dan bendi

Masak hingga ikan hampir masak.

6. Tuang santan

Kacau perlahan dan biarkan kuah mendidih.

7. Perasakan

Tambah garam dan ajinomoto ikut selera.

8. Siap dihidang

Tutup api bila kuah pekat dan naik minyak di permukaan.

Tips Resepi Kari Ikan Merah Lagi Sedap

  • Rendam ikan dengan lemon untuk hilangkan bau hanyir
  • Teknik tambah air 3 kali bantu rempah masak sempurna
  • Jangan masak santan terlalu lama untuk elak pecah

Kalau anda nak menu berkuah yang mudah tapi rasa premium, resepi kari ikan merah ini memang wajib masuk dalam senarai. Sekali cuba, memang akan jadi kegemaran keluarga!

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Rohana Abdul Jalil

Baca juga: Resepi Kari Ikan Kembung, Cara Pecah Minyak Ini Buat Kuah Lebih Cantik Dan Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN