Hari ini kami ingin kongsikan resipi gulai ayam yang sangat sedap. Namun begitu, ada perdebatan sama ada lauk ini sebenarnya dipanggil sebagai gulai atau kari.
Sebenarnya ini bergantung kepada cara kita mendefinisikan lauk itu. Tak kisah gulai atau kari, kedua-duanya sedap dan mempunyai keistimewaan tersendiri dalam cara memasaknya.
Jom baca resipi yang dikongsikan di bawah.
Baca juga: Cara Buat Milky Bun Thai, Patutlah ‘Viral’ Rupanya Gebu Kemain!
Bahan-Bahan:
Bahan Kisar Halus:
Bahan Tambahan:
Cara-Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar atau serbuk cili dan bahan kisar halus. Masak hingga garing.
3. Tambah serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan gaul selama 3-4 minit. Tambah air hingga ayam tenggelam, dan masukkan kentang.
5. Setelah mendidih, masukkan santan, gula melaka, garam, serbuk perasa, asam keping, dan daun limau purut. Biarkan masak hingga kuah pekat.
6. Akhir sekali, masukkan cili hijau atau cili padi jika mahu lebih pedas. Setelah kentang empuk, gulai siap untuk dihidang.
Gulai ini sangat sedap dihidangkan bersama nasi panas.
Selamat mencuba!
Sumber: LeeNa Choo
Baca juga: Resipi Pai Ayam Bersama Puff Pastry, Kerak Rangup Itu Yang Sedap!
Pernah beli biskut dalam tin dan tiba-tiba terjumpa satu pek kecil di dalamnya? Sebenarnya, ia…
Buat anda yang sedang mencari idea untuk hidangan minum petang, boleh cuba resipi Kek Gula…
Selalunya kita buat mee goreng biasa di rumah, jadi kali ini kami kongsikan cara buat…
Siapa 'hantu' makanan laut wajib cuba resepi shell out yang mudah dan ringkas ini. Lebih…
Selain kuaci, kacang tanah goreng juga merupakan kudapan yang digemari ramai, tidak kira kanak-kanak mahupun…
Mungkin ada yang belum pernah mencuba ikan tenggiri masak cuka ini. Tapi percayalah, hidangan ini…