resipi gulai ayam kelantan

Resipi gulai ayam Kelantan ini merupakan hidangan yang sangat digemari di negeri Pantai Timur. Rasanya kaya dengan rempah ratus, rasa lemak serta masam masin yang seimbang.

Gulai ini juga berbeza dari gulai yang selalu kita lihat. Baik dari segi rasa, warna serta aromanya sendiri. Senang cakap, belum cuba belum tahu.

Kalau anda nak tahu sedap atau tidak gulai ayam Kelantan ini, jom ikut resipi di bawah ini dikongsikan oleh Cik Puan Nur Safura.

Baca lagi: Resipi Cheesekut Anti Gagal, ‘Dessert’ Paling Senang Dalam Dunia!

RESIPI GULAI AYAM KELANTAN

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong dan dicuci bersih)
  • 1 labu bawang merah besar (*)
  • 4 ulas bawang putih (*)
  • 1 inci halia (*)
  • 1 inci lengkuas (*)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 mangkuk santan (jangan pekat sangat)
  • 1 asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula Melaka atau nisan secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)

Cara Penyediaan:

1.  Mula-mula, kisar bahan-bahan bertanda (*) seperti bawang merah, bawang putih, halia, dan lengkuas hingga lumat.

2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.

3.  Setelah bahan tumis cantik pecah minyak, masukkan ayam yang telah dipotong tadi ke dalam kuali.

4. Tambahkan rempah kerutuk dan rempah kari. Gaul rata sehingga semua bahan sebati dengan ayam. Biarkan ayam dimasak sehingga air dari ayam tersebut hampir kering.

5. Apabila air ayam hampir kering, tambahkan sedikit air untuk memastikan ayam masak sepenuhnya dan menjadi lembut. Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan rempah melekat di dasar kuali.

6. Setelah ayam empuk, masukkan asam keping untuk memberikan sedikit rasa masam yang seimbang.

7. Tambahkan garam, nisan, dan serbuk perasa mengikut citarasa anda. Kacau sehingga sebati.

8. Akhir sekali, tuangkan santan ke dalam kuali dan masak hingga kuah mendidih. Pastikan kuah gulai tidak terlalu pekat atau cair.

9.  Setelah kuah mendidih dan rasa sudah seimbang, matikan api.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Safura

Baca lagi: Resipi Laksa Sarawak, Ini RAHSIA Nak Buat Kuah Jadi Pekat & Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN