Categories: Resipi

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar dengan kuah susu yang lemak berkrim menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan, terutama apabila dinikmati sejuk-sejuk.

Kalau selalu buat koktail buah menggunakan susu cair dan susu pekat sahaja, kali ini boleh cuba tambah dairy whipping cream untuk menghasilkan kuah yang lebih creamy. Ditambah pula dengan laici dalam tin dan nata de coco, setiap suapan terasa lebih menarik dengan tekstur buah-buahan dan jeli yang kenyal.

Resipi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Ekin Ramli ini turut menggunakan mangga dan buah naga yang dipotong dadu. Menurut Ekin, pilihan buah-buahan ini membantu mengimbangi rasa manis dan lemak kuah. Memang sesuai dijadikan pencuci mulut untuk jamuan, rumah terbuka atau dinikmati bersama keluarga.

Baca juga: Fruit Rice Paper Roll, Buah Segar Digulung Dalam Rice Paper… Sekali Gigit Memang Fresh!

RESIPI FRUIT COCKTAIL SEDAP, BERLEMAK DAN BERKRIM

Bahan-bahan:

  • 3 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 2 kotak kecil dairy whipping cream (200 ml setiap satu)
  • 2 tin laici
  • 1 bekas besar nata de coco perisa laici (1.5 kg), ambil jeli sahaja
  • Buah mangga (dipotong dadu)
  • Buah naga (dipotong dadu)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan susu cair, susu pekat, dairy whipping cream dan laici dalam bekas besar. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  2. Masukkan nata de coco yang telah diasingkan daripada airnya, diikuti mangga dan buah naga yang dipotong dadu.
  3. Gaul perlahan-lahan sehingga semua bahan bercampur rata.
  4. Simpan fruit cocktail di dalam peti ais sehingga sejuk sebelum dihidangkan.

Tip: Boleh gunakan buah-buahan lain mengikut selera. Jika suka rasa yang lebih seimbang, pilih buah yang mempunyai tahap kemanisan berbeza supaya tidak terlalu muak apabila digabungkan dengan kuah susu yang lemak berkrim.

Sumber: Ekin Ramli

Baca juga: Resepi Puding Buah Viral, Cute & Cepat Habis Bila Letak Atas Meja Dessert

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago