Categories: Resipi

Resipi Donat Pandan Harum Semerbak, Ini Petua Supaya Lebih Lembut!

Pada entri kali ini, MyResipi ingin berkongsikan resipi donut pandan yang wangi dan gebu untuk dijadikan rujukan buat semua pembaca.

Resipi doh donat yang dikongsikan oleh Missz Amira ini diuli secara manual, menjadikannya sangat gebu dan lembut selepas digoreng.

Bukan hanya doh, empunya resipi turut berkongsikan resipi sos pandan sekaya yang sangat lazat sebagai pencicah donat pandan.

Jika ada yang mahu mencuba, boleh lihat resipi penuh di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Donut Red Velvet ‘Viral’ Yang Gebu & Lembut, Satu Adunan Dapat 12 Biji

RESIPI DONUT PANDAN

Bahan-bahan doh donut:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla (vanilla creamy lagi sedap)
  • 1 biji kuning telur
  • 5 helai daun pandan + 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar gula

Cara-cara buat doh:

1. Kisar halus daun pandan bersama air. Kemudian tapis untuk ambil airnya.

2. Satukan air pandan bersama susu pekat dan gula. Kacau rata dan panaskan sekejap untuk cairkan gula dan susu. Tunggu sehingga suam sebelum masukkan ke dalam adunan tepung nanti. Ketepikan seketika.

3. Seterusnya, satukan tepung gandum, garam, marjerin, baking powder dan yis. Gaul semua bahan ini sehingga menjadi serbuk roti.

4. Kemudian, masukkan pewarna hijau, vanilla creamy, kuning telur dan air pandan yang dah suam tadi. Uli sehingga semuanya sebati.

5. Hasil ulian yang sudah sebati. Rehatkan doh selama 10 minit. Kemudian uli sekali lagi dalam 10 minit untuk dapatkan doh yang lembut.

6. Hasil ulian kedua, doh sudah lembut dan boleh ditarik tanpa putus.

7. Rehatkan lagi doh selama 50 minit hingga 1 jam untuk biarkan ia kembang 2 kali ganda.

8. Selepas itu, tumbuk doh yang sudah kembang dan uli sekejap untuk buang angin.

9. Boleh bentukkan donut atau bomboli. Selepas siap dibentuk, tunggu sehingga kembang 2 kali ganda selama 30 hingga 40 minit.

10. Goreng dalam minyak yang panas dan banyak tapi jangan terlalu panas. Semasa menggoreng guna api perlahan sahaja.

11. Lapik donut yang sudah digoreng dengan tisu supaya tak berminyak. Sejukkan sebelum gaul dengan gula.

11. Boleh dicicah dengan sos sekaya pandan. Lihat resipi di bawah.

Bahan-bahan sos sekaya pandan:

  • Air tapisan 5 helai daun pandan & 1 cawan air (kisar halus dan tapis)
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan santan/susu cair/fresh milk
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau

Cara-cara buat sos sekaya pandan:

1. Satukan semua bahan dan kacau sebati. Kemudian buka api, guna api perlahan. Kacau sentiasa untuk elak berketul. Kepekatan sos bergantung kepada selera masing-masing.

Kredit resipi dan gambar: Missz Amira

Baca juga: Resipi Baby Cakoi & Baby Donut Yang Lembut Sampai Ke Malam

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago