Resipi donut kampung hari ini menggunakan 1 kilogram tepung gandum yang akan menghasilkan dalam 37 biji donut bersaiz sederhana.
Kalau beli luar, mesti mahal. Lebih berbaloi kalau anda mencuba sendiri di rumah. Tambahan pula, resipi ini khas untuk dapatkan donut yang lebih lembut dan gebu gebas!
Jom tengok resipi oleh Cik Puan Habsah Ngah menerusi laman sosial Facebook milik beliau.
Baca juga: Resepi Keria Ball, Guna Ubi Keledek Jenis ‘Ini’ Baru Tak Terlembik!
Bahan-bahan:
Cara Membuat:
1. Kacau yis dengan air suam dan 3 sudu besar susu pekat. Biarkan campuran ini kembang seketika.
2. Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, marjerin, dan sedikit garam. Gaul rata sehingga sebati.
3. Curahkan campuran yis yang telah kembang ke dalam mangkuk berisi tepung tadi.
4. Masukkan sebiji telur ke dalam adunan.
5. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan.
6. Rehatkan doh selama 30 hingga 40 minit atau sehingga doh kembang.
7. Tumbuk doh untuk membuang angin dan uli lagi.
8. Bentuk doh menjadi bulat-bulat seperti bola pingpong.
9. Rehatkan lagi selama 30 minit.
10. Tekan sedikit doh untuk leperkan dan cucuk tengahnya untuk membentuk lubang.
11. Panaskan minyak dengan api sederhana.
12. Jangan tunggu minyak terlalu panas sebelum menggoreng, kerana ia boleh menyebabkan kulit donut menjadi tebal dan permukaannya menggerutu.
13. Goreng donut selama kira-kira 1 minit setiap sisi, kiri dan kanan.
14. Toskan donut.
15. Setelah donut menjadi suam, gaul dengan gula yang telah diblend halus.
Donut kampung anda sedia untuk dihidangkan!
Sumber: Pn Habsah Ngah
Baca juga: Resipi Sambal Kentang Ikan Bilis Rangup, Makan Bertambah Nasi!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…