Min tahu mesti ramai peminat menu yang ada sup ini kan? Nak pula kalau nak ‘prepare’ mi atau bihun yang dicelur ataupun makan bersama nasi.
Kebanyakan wanita yang bekerja atau suri rumah ingin jimatkan masa ketika memasak.
Jadi, kekangan masa untuk memasak kadangkala menjadikan hidangan ini bukan menu utama pilihan kerana consume banyak masa untuk mereneh.
Baca juga: Rahsia Sup Tulang Lagi Sedap, Kena Tumis Batang Saderi & Lobak Merah Yang Dikisar
Jadi, min akan kongsikan cara buat stok rempah sup dan tahan lama supaya korang dapat jimatkan masa untuk memasak pelbagai menu.
1 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 inci halia – dipotong kecil
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh bunga cengkih
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1. Mula-mula masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis pula perlu diketuk terlebuh dahulu untuk memudahkan korang mengisar.
2. Kemudian, masukkan semua bahan dalam blender, tambahkan air dan kisar sehingga halus. Jika suka, boleh letakkan sedikit minyak.
3. Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam bekas bertutup dan simpan ke dalam peti sejuk. Boleh juga masukkan ke dalam bekas kiub ais untuk dijadikan pes berbentuk kiub.
4. Untuk menggunakan masukkan rempah sup yang telah DIY tadi dalam anggap 1 atau 2 sudu besar ke dalam sup secukup rasa.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Resepi prosperity burger ini tidak susah mana. Malah, kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan biasanya sudah ada…
Siapa penggemar Maggi Asam Laksa pasti tahu betapa lazatnya dapat makan mi segera dengan kuah…
Apabila ditanya tentang buah yang mudah dimakan pada bila-bila masa, semestinya epal menjadi pilihan. Setelah…
Nak buat hidangan minum petang yang lazat untuk keluarga tersayang di rumah, anda boleh cuba…
Cara masak tomyam yang sedap sebenarnya sangat mudah jika anda menggunakan resipi ini kerana tidak…
Gulai ikan ayo (tongkol) adalah hidangan klasik Kelantan yang sering dihidangkan bersama nasi dagang. Resipi…