resipi daging masak manis

Masih dalam mood Raya Haji dan mesti lauk banyak yang berunsurkan daging. Jadi, resipi daging masak manis ini memang sangat mengiurkan!

Resipi ini mendapat sebanyak 9.2k perkongsian melalui laman sosial Facebook memang wajb untuk anda cuba. Salah satu sebab adalah menu ini bak kata orang, campak-campak je dah siap.

Jom kita tengok hidangan oleh Cik Puan Erma Azizie ini.

Baca juga: Resipi Brownies Kukus, Tak Ada Oven Pun Masih Boleh Buat!

RESIPI DAGING MASAK MANIS

Bahan-bahan:

Bahan utama:

  • 300 gram daging, dipotong kecil dan direbus hingga empuk

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 4 sudu makan cili kering (direbus dan dikisar)

Bahan Lain:

  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, dan buah pelaga)
  • 1 biji kentang (dipotong dadu besar – 8 bahagian)
  • 2 sudu besar sos cili (jenama Maggi)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Perasa (Ajinomoto)
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, dan buah pelaga) hingga naik bau.

2. Masukkan bahan kisar (bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia, serai, dan cili kering kisar) ke dalam kuali. Tumis hingga garing dan pecah minyak.

3. Masukkan gula, garam, Ajinomoto, sos cili, sos tomato, dan sos tiram. Kacau rata hingga semua bahan sebati.

4. Tambahkan daging yang telah direbus bersama sedikit air rebusan daging. Masukkan juga kentang yang telah dipotong dadu.

5. Masak hingga kentang empuk dan kuah menjadi agak pekat. Kacau sesekali agar tidak hangus di bahagian bawah kuali.

6. Angkat dan hidangkan Daging Masak Manis ini panas-panas bersama nasi putih.

 

resipi daging masak manis

Siap!

Sumber: Erma Azizie

Baca juga: Sup Ekor Paling Mudah Dengan 5 Langkah, Kuah Sedap Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN