daging masak dendeng

Kalau tiada idea nak masak apa guna lauk daging, jom cuba resipi daging masak dendeng yang pedas manis ini. Memang sedap dimakan dengan nasi panas.

Ramai yang rasa susah nak buat sebab takut daging liat atau tak cukup rasa. Sebenarnya, dengan cara yang betul dan bahan yang ringkas, lauk ini boleh dimasak dengan mudah.

Resipi versi ini sesuai sangat untuk hidangan harian atau bila tetamu datang rumah. Pedas manis cukup rasa, mudah dibuat dan confirm semua orang makan bertambah!

Baca juga: Resipi Daging Harimau Menangis Ringkas Tapi Padu, Perap Sekejap Pun Dah Sedap!

RESIPI DAGING MASAK DENDENG

daging masak dendeng

Bahan-bahan:

  • 500g daging (boleh guna bahagian lembu yang sesuai untuk direbus dan dihiris nipis)
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar cili kisar (boleh tambah jika suka pedas)
  • 1 biji bawang besar (dihiris atau kisar kasar)
  • 5 biji cili kering (dikisar)
  • 1 sudu teh gula
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus daging hingga empuk. Pastikan air cukup dan jangan terlebih masak supaya daging masih lembut. Setelah empuk, angkat dan hiris nipis.
  2. Gaul daging hiris dengan kicap manis dan sos tiram. Biarkan sekejap supaya daging menyerap rasa.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng daging yang telah diperap hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Dalam kuali yang sama, tumis cili kisar, bawang besar dan cili kering hingga pecah minyak dan naik bau.
  5. Tambahkan daging goreng tadi ke dalam kuali. Gaul rata. Jika suka, tambah lagi sedikit kicap dan sos tiram untuk rasa lebih padu.
  6. Tambahkan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga semua bahan sebati dan daging berkilat cantik. Angkat dan hidangkan.

Sumber: Khalif Khlif

Baca juga: Resipi Daging Salai & Kulat Sisir Masak Lemak, Rasa Padu Buat Tak Henti Cedok Nasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN