daging bakar harimau menangis

Jika tiada nak masak apa menggunakan daging, jom cuba resipi daging bakar harimau menangis ini. Daging yang diperap dengan campuran pelbagai sos ini akan dibakar hingga bahagian luar sedikit garing, tetapi masih lembut di dalam.

Daging ini bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, malah boleh dijadikan hidangan lain seperti miang pla atau digulung bersama sayur menjadi popia Vietnam. Rasanya pedas, masin dan sedikit manis.

Jika anda mahukan lauk daging yang mudah tetapi nampak istimewa, resipi daging harimau menangis ini memang wajib dicuba. Cara membuatnya juga sangat ringkas, hanya perlu perap daging seketika dan bakar atas pan hingga masak sempurna.

Baca juga: Resipi Daging Salai & Kulat Sisir Masak Lemak, Rasa Padu Buat Tak Henti Cedok Nasi!

RESIPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS

daging bakar harimau menangis

Bahan-bahan:

  • 300 gram daging (dihiris nipis)
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan daging yang telah dihiris nipis ke dalam satu bekas.
  2. Tambahkan lada hitam, sos tiram, sos ikan, kicap manis, gula perang dan minyak masak.
  3. Gaul hingga semua bahan sebati dengan daging.
  4. Tutup bekas dan perap seketika. Lagi lama diperap, lagi sedap rasanya.
  5. Panaskan pan atau kuali tanpa minyak.
  6. Letakkan daging yang telah diperap tadi.
  7. Bakar hingga daging masak dan bahagian luar sedikit garing.
  8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Daging harimau menangis ini boleh dimakan bersama nasi panas, dijadikan miang pla dengan daun salad dan ulam,atau digulung seperti popia Vietnam bersama sayur segar. Rasanya memang padu dan menyelerakan.

Sumber: Dior Miera

Baca juga: Resipi Gulai Daging Pisang Muda, Lauk ‘Rare’ Kenduri Kampung Yang Makin Susah Jumpa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN