
Seorang pengguna Facebook bernama Khairul Hakimin Muhammad telah berkongsi cara buat cekodok kampung ala mak-mak yang pasti membangkitkan nostalgia. Sekali makan, pasti teringat-ingat!
Resipi ini sangat sesuai dijadikan kudapan waktu petang atau hidangan ringan pada waktu malam. Cara penyediaannya juga sangat mudah dan cepat. Jom cuba!
Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang Yang ‘Fluffy’ & Rangup, Memang Layan Bila Makan!
CARA BUAT CEKODOK KAMPUNG

Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 cawan tepung gandum
- Sejemput ikan bilis
- 7-8 ulas bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji telur
- Sedikit minyak masak
- Sedikit air
- Garam secukup rasa
Cara-caranya:
- Tumbuk bawang merah dan bawang putih dalam lesung sampai lumat.
- Bila dah lumat, masukkan ikan bilis dan sambung tumbuk sampai ikan bilis separa lumat.
- Ambil tepung gandum dan letak dalam besen besar.
- Kemudian, letak bawang dan ikan bilis yang ditumbuk tadi. Kacau sebati semua bahan.
- Selepas itu, masukkan pula telur dan sambung gaul hingga rata.
- Masukkan pula air sedikit demi sedikit. Jangan pekat sangat dan jangan terlalu cair.
- Panaskan minyak dalam kuali dan biarkan minyak panas.
- Bila minyak dah panas, ambil sesudu dua dan letak ke dalam bancuhan. Bertujuan agar tak melekat semasa menggoreng.
- Cedok adunan ke dalam kuali. Goreng sampai garing dan keperangan. Balikkan-balikkan agar masak sekata.
- Sedia untuk menjamu selera!
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
Baca juga: Boleh Tahan Sedap Cekodok Labu, Ikut Resipi Ini Agar Tak Serap Minyak & Lembut Sampai Malam
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














