Categories: Resipi

Resipi Cucur Jagung Bersama Sos Cili, Dah Sejuk Pun Masih Terasa Rangupnya

Memandangkan keadaan cuaca yang sering mendung dan hujan pada petang hari, sesuailah sekiranya kita cuba resipi cucur jagung atau ada yang menggelarkannya sebagai jemput-jemput jagung.

Resipi ini menggunakan jagung yang memberikan rasa manis semulajadi, digabungkan dengan ikan bilis yang menambah kesedapan hidangan. Kami juga kongsikan resipi sos istimewa yang pedas serta mempunyai hint manis-manis.

Jom kita baca resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Kuih Bom Labu Tanpa Minyak, Resipi Sihat & Sedap Untuk Anak-Anak

RESIPI CUCUR JAGUNG

Bahan-bahan cucur jagung:

  • 1kg tepung gandum
  • 500g jagung frozen (dikisar kasar)
  • Segenggam ikan bilis (dikisar kasar)
  • 2 biji cili merah (dihiris halus)
  • 1 biji bawang besar (dihiris mayang atau dadu)
  • 2 biji telur
  • RM1 daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • 1 ½ sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh sodium bikarbonat
  • Sedikit pewarna kuning telur atau serbuk kunyit
  • 500ml air sejuk dari peti ais atau air Coway sejuk

Cara penyediaan:

1.  Satukan tepung gandum, jagung yang telah dikisar kasar, ikan bilis, cili merah, bawang besar, telur, daun sup, daun bawang, garam, sodium bicarbonate, dan sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit dalam sebuah mangkuk besar.

2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit ke dalam adunan, gaul sehingga sebati. Jika adunan terlalu keras, tambah lagi air sejuk. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.

3. Biarkan adunan rehat selama beberapa minit sebelum digoreng.

4. Panaskan minyak dalam kuali. Ambil sedikit adunan menggunakan sudu dan goreng dalam minyak panas sehingga garing dan kekuningan.

5. Setelah garing, angkat jemput-jemput dan toskan minyak menggunakan tisu dapur.

Bahan-Bahan Sos Cili Istimewa:

  • 15 tangkai cili kering (direbus dan ditoskan)
  • 1 labu bawang putih
  • 1 ½ cawan air asam jawa
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan sos cili Kimball
  • ¼ botol sos cili Thai
  • Garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara penyediaan sos:

1. Kisar cili kering yang telah direbus bersama bawang putih sehingga halus.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.

3. Masukkan air asam jawa, kemudian kacau rata.

4. Masukkan gula pasir, sos cili Kimball, dan sos cili Thai. Kacau hingga semua bahan sebati.

5. Tambah garam dan ajinomoto secukup rasa. Biarkan sos mendidih sehingga pekat.

6. Sos sudah siap untuk dihidangkan bersama jemput-jemput jagung.

Sumber: Nazri Mat Zain

Baca lagi: Kuih Tako Jagung Sukatan Cawan, Comel Sangat Buat Bentuk Macam Ini!

Aisha Qistina

Recent Posts

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

27 mins ago

Kuah Rojak Petis Pekat Berkilat, Buat Sendiri Di Rumah Lebih Puas Hati!

Biasanya gerai di tepi pantai pasti ada menyediakan hidangan Rojak Petis yang lazat. Apa kata…

34 mins ago

Resipi Daging Enoki Roll, Paling Sedap Diratah Begitu Sahaja!

Resipi daging enoki roll ini sempurna untuk dinikmati sebagai makan malam yang lazat tanpa perlu…

2 hours ago

Resipi Bihun Goreng Lada Putih, Sepantas Kilat Boleh Siap Masak!

Resepi bihun goreng putih ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi rasanya sangat sedap hingga boleh makan…

2 hours ago

Kacang Panjang Tumis Tauhu, Sayur Sedap Ini Tak Pernah Buat Orang Jemu

Sesuatu hidangan lauk itu tak lengkap tanpa sayur di sisinya, jadi kami nak kongsikan cara…

2 hours ago

Resepi Perapan Ayam Bakar Sedap, Masak Guna Air Fryer Hasilnya ‘Juicy’!

Resepi perapan ayam bakar ini khas untuk anda yang mencari resipi ayam bakar yang sedap.…

3 hours ago