Categories: Resipi

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk dengan urusan harian. Creamy udon ini menggabungkan mi udon yang kenyal dengan kuah berkrim serta rasa pedas yang menyelerakan.

Keistimewaan hidangan ini terletak pada gabungan rasa lemak daripada cooking cream dan keju dengan kepedasan chili oil serta cili padi. Walaupun kuahnya berkrim, rasa pedas yang dihasilkan membuatkan hidangan ini tidak terasa muak apabila dinikmati.

Ditambah pula dengan beef slice yang lembut, setiap suapan memberikan gabungan rasa dan tekstur yang menarik. Menu ini sesuai dijadikan pilihan makan malam apabila terasa ingin menikmati hidangan mi yang mengenyangkan dengan rasa yang sedikit berbeza.

Baca juga: Resepi Mee Udon Goreng Dengan Daging, Rahsia Daging Lebih Berperisa Rupanya Kena Perap Dulu!

RESIPI CREAMY UDON

Bahan-bahan:

  • Mi udon
  • Beef slice
  • 1 biji bawang holland, dicincang
  • 1 batang daun bawang, dihiris nipis
  • 200 ml cooking cream
  • 200 ml air rebusan udon
  • Serbuk perasa secukupnya
  • 1 keping keju
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • 4 sudu besar chili oil

Bahan topping:

  • Telur rebus
  • Beef slice
  • Cili padi
  • Daun bawang, dihiris

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan beef slice dan masak sehingga bertukar warna serta sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan terlebih dahulu.
  2. Menggunakan kuali yang sama, masukkan sedikit mentega. Tumis bawang holland yang telah dicincang bersama daun bawang sehingga naik bau dan layu.
  3. Masukkan chili oil dan serbuk lada sulah. Kacau rata supaya bahan tumisan sebati dan mengeluarkan aroma.
  4. Tuangkan cooking cream dan air rebusan udon ke dalam kuali. Kacau perlahan sehingga kuah mula sebati.
  5. Masukkan serbuk perasa dan sekeping keju. Kacau sehingga keju cair dan kuah menjadi lebih berkrim.
  6. Seterusnya, masukkan mi udon yang telah direbus. Gaul sehingga mi bersalut rata dengan kuah.
  7. Masukkan semula beef slice yang telah dimasak tadi. Kacau sebentar sehingga semuanya sebati dan daging dipanaskan semula.
  8. Angkat dan hidangkan mi udon bersama telur rebus, beef slice tambahan, cili padi dan hirisan daun bawang sebagai topping.

Sumber: Threads @intanalesha97

Baca juga: Cara Buat Mee Udon Simple Di Rumah, Rasa Umami & Pedas Manja Yang Memikat!

Izzati

Recent Posts

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

2 minutes ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

10 minutes ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

11 minutes ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

2 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

3 hours ago

Gebu & Mengenyangkan! Resipi Roti Sosej Gulung Homemade, Sedap Dimakan Panas-Panas

Resepi roti sosej gulung ini sesuai dijadikan pilihan sarapan pagi yang mengenyangkan untuk seisi keluarga.…

4 hours ago