Categories: Resipi

Resipi Creamy Crab Croquette Kegemaran Anak-Anak, Senang Je Nak Buat!

Bila hanya duduk rumah, anak-anak asyik minta makanan. Makanan bergoreng seperti kentang goreng, nugget sentiasa menjadi pilihan. Kalau mahukan kelainan, ibu-ibu boleh cuba buat Creamy Crab Croquette ni.

Mudah saja nak buat. Bahan yang digunakan juga selalunya ada di dapur. Yang penting jimat duit poket tak perlu asyik beli makananĀ frozenĀ di pasaraya. Kalau ada yang mahu cuba buat, lihat saja resipi perkongsian oleh Khyra Amanda di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Isi Ayam Banyak? Jom Buat Sosej Homemade, Lebih Sihat Tanpa Bahan Pengawet!

Cara Buat Creamy Crab Croquette Kegemaran Anak-Anak

Bahan-bahan:

  • Isi ketam
  • Bawang merah
  • Daun bawang
  • Butter
  • Tepung gandum
  • Susu full cream
  • Telur
  • Serbuk roti

Cara-cara:

1. Mula-mula, rebuskan isi ketam sekejap. Masukkan dalam mangkuk, letak bawang merah yang dipotong dadu dan hirisan daun bawang. Ketepikan seketika.

2. Cairkan separuh butter sampai cair.

3. Masukkan tepung gandum dalam 3 hingga 4 sudu. Kacau sehingga pekat.

4. Masukkan pula sedikit susu full cream. Kacau sehingga pekat.

5. Masukkan isi ketam tadi dan gaul rata.

6. Untuk bahan terakhir, sediakan telur dan serbuk roti.

7. Bentukkan isi ketam biar bulat.

8. Kemudian celupkan dalam telur dan celupkan pula dalam serbuk roti. Ulang sebanyak 2 kali celupan supaya bebola lebih padat dan tidak pecah.

9. Sejukkan dalam peti bahagian atas dalam 1 hingga 2 jam supaya tidak hancur bila digoreng.

10. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian baru gorengkan bebola tadi sehingga garing dan berwarna keemasan. Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Kredit: Khyra Amanda

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago