Categories: Resepi

Resipi Chicken Dumpling Soup ‘Homemade’ Yang Mudah Dibuat, Sedapnya!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-15 04:26:56

Chicken Sup Dumpling sememangnya antara makanan masyarakat Cina yang sering menjadi kegemaran ramai. Malah, ia juga mudah didapati di restoran-restoran Melayu kerana rasanya yang sedap menepati citarasa semua orang. Apa kata kali ini korang cuba sendiri resepi yang dikongsikan oleh Wany Lifa . Cara penyediaannya pun sangat mudah dan menjimatkan! Jom cuba!


Kredit: Wany Lifa

Bahan-bahan:

  • 300g isi ayam filet (dicincang)
  • Setengah batrang lobak merah (disagat)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Daun sup & daun bawang (dipotong halus)
  • 2 sudu serbuk lada sulah
  • 3 sudu minyak bijan
  • 2 sudu serbuk maggi cukup rasa
  • 1 sudu kecil garam & gula
  • Dumpling pastry (instant)


    Kredit: Wany Lifa


Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali dumpling pastry ke dalam bekas dan gaulkan sehingga ianya sebati. Kemudian, perapkan seketika selama 10 minit.


    Kredit: Wany Lifa


  2. Selepas cukup diperap, Tarik satu per satu lapisan dumpling ini dan letakkan di atas pinggan leper. Kemudian, masukkan inti yang sudah siap tadi dalam sukatan satu sudu makan.


    Kredit: Wany Lifa


  3. Kelimkan mengikut kreativiti sendiri dan susunkan ke dalam pengukus.


    Kredit: Wany Lifa


  4. Selepas itu, kukuskan dumpling selama 10 minit atau sehingga masak. Apabila sudah siap dikukus, keluarkan dan boleh dimakan dengan sos kicap ataupun boleh digoreng.

Bahan-bahan sup dumpling:

  • 6 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
  • 1 inci halia (diketuk dan dicincang)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Setengah kiub ayam maggi
  • Garam & gula

Cara-caranya:

  1. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian, letakkan 1 mangkuk air ke dalam periuk lalu masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan dumpling yang sudah siap dikukus tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika selama 2 ke 3 minit. Untuk menaikkan lagi aroma sup, tabur sedikit daun bawang.


    Kredit: Wany Lifa


  3. Untuk sos, gunakan sos Thai dan campurkan bersama sedikit daun ketumbar yang dicincang halus. Kemudian gaulkan sehingga sebati. Sangat sesua dimakan bersama sup dumpling

Siap! Sedap dimakan waktu petang bersama keluarga. Selamat mencuba!

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago