Tiba-tiba teringin nak makan Char Kuey Teow Penang? Tapi sekarang tak boleh nak rentas negeri untuk nikmati Char Kuey Teow Penang ‘original’ di Penang.
Jom buat sendiri kat rumah, hanya perlu guna bahan yang mudah dan mengikut selera masing-masing. Kalau masak sendiri boleh buat banyak kali, baru puas hati!
Ikut je langkah demi langkah resipi perkongsian oleh Are Pezz di bawah. Ramai yang dah cuba, serius sedap sampai menjilat jari. Selamat mencuba!
Cara Buat Char Kuey Teow Penang
Bahan-bahan:
-
10 ekor udang size L
-
Taugeh
-
Daun Kucai
-
Telur
-
Kicap
-
Cili boh
-
Sedikit air
-
Sedikit minyak masak
Cara memasak:
1. Masukkan 2 sudu besar minyak masak, masukkan 2 ekor udang masak separuh masak.
2. Masukan taugeh, kucai kacau, ko teow sehingga sedikit masak.
3. Masukkan kicap 3 sudu besar, 1 cili boh & sedikit air (jika mahu kuah banjir/lebih) kacau sedikit masak.
4. Pecahkan telur & tutup api kacau sehingga hancur telur.
Selamat mencuba!
Kredit: Are Pezz