cendawan celup tepung

Petang-petang tak tahu nak makan apa? Jom buat cendawan celup tepung rangup ini. Sedap sangat sampai tak sedar dah habis licin sepinggan.

Cara penyediaannya jgua sangat ringkas untuk dibuat. Yang paling penting, kena goreng garing baru lebih rangup. Saudari Aisyah Humaira ada kongsikan cara-cara membuatnya di bawah.

Baca juga: Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting, Hanya Guna 2 Bahan

Cara Buat Cendawan Celup Tepung Rangup

Bahan kering:

  • 1 cawan tepung bestari pedas (tak suka pedas boleh pilih yg original)
  • 2 sudu besar penuh membukit tepung jagung
  • 3 sudu besar penuh membukit tepung beras
  • Sedikit serbuk kunyit ikut warna kuning yang diingini

Bahan lain:

  • 1 paket cendawan
  • 2 sudu besar air kapur makan
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan kering dalam bekas dan kacau rata.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau supaya adunan tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Masukkan juga air kapur makan dan garam. Kacau rata.

3. Masukkan separuh dulu cendawan ke dalam adunan dan salutkan sehingga sekata.

cendawan celup tepung

4. Panaskan minyak dan masukkan cedawan satu per satu sehingga garing.

cendawan celup tepung

5. Angkat dan toskan. Siap!

cendawan celup tepung

Kredit: Aisyah Humaira

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN