Categories: Resipi

Penat Seharian Tapi Teringin Makan Berat? Resipi Buttermilk Salmon Berkrim Ini ‘Perfect’ Untuk Dicuba!

Buttermilk salmon ialah pilihan yang sesuai untuk makan malam, terutamanya apabila teringin nak makan sesuatu yang berat tetapi senang untuk dibuat. Gabungan salmon yang digoreng garing dengan kuah berkrim menjadikan hidangan ini cukup mengenyangkan dan menyelerakan.

Resipi buttermilk salmon ini menggunakan bahan-bahan ringkas seperti bawang putih, daun kari dan susu cair untuk menghasilkan kuah yang berlemak serta harum. Rasa salmon yang lembut juga seimbang dengan aroma daun kari, menjadikan setiap suapan lebih menyelerakan.

Penambahan sayur bayam pula melengkapkan hidangan dengan nutrien tambahan. Salmon membekalkan protein dan lemak sihat, manakala bayam mengandungi vitamin serta mineral yang baik untuk tubuh. Kalau anda sedang mencari idea makan malam yang terasa seperti hidangan istimewa tetapi masih mengambil kira pemakanan seimbang, resipi buttermilk salmon ini memang boleh masuk dalam senarai menu anda!

Baca juga: Resipi Ikan Salmon Grill Dengan Sos Lemon Berkrim, Rasa Macam Makan Di Kafe Mahal!

RESIPI BUTTERMILK SALMON BAYAM


Bahan-bahan:

  • Salmon dipotong kiub
  • 1 sudu besar mentega atau marjerin
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • Daun kari
  • 1 tin susu cair
  • Lada sulah secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • Sayur bayam
  • Tomato ceri

Cara penyediaan:

  1. Goreng kiub salmon sehingga garing di bahagian luar supaya isinya tidak mudah hancur. Angkat dan ketepikan.
  2. Cairkan mentega atau marjerin dalam kuali. Tumis bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan susu cair, lada sulah dan serbuk perasa. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan salmon yang telah digoreng tadi. Gaul perlahan-lahan supaya salmon tidak hancur.
  5. Tambahkan sayur bayam dan tomato ceri. Biarkan kuah mendidih seketika.
  6. Setelah semuanya masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Threads @junajuni_kitchen

Baca juga: Resipi Salmon Salad Creamy Tapi Sihat, Mudah Disediakan Dalam 15 Minit Sahaja!

Izzati

Recent Posts

[VIDEO] Tikus Ratah Ayam Mentah Dalam Tong Hitam, Rakaman Dari Premis Di Pudu Buat Ramai Geli!

Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…

10 hours ago

Daun Selasih & Daun Kesum Cepat Hitam? Cuba Cara Simpan Ini, Kekal Segar Lebih Lama!

Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…

12 hours ago

Bayam Bulat vs Bayam Tajam, Nampak Hampir Sama Tapi Rupanya Banyak Beza! Ini Ciri-Cirinya

Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…

12 hours ago

Anak Susah Makan Ikan? Hidangkan Salmon Goreng Kunyit Ini, Terus Jadi Kegemaran!

Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…

12 hours ago

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

14 hours ago

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

17 hours ago