harga daun kari

Harga bahan dapur nampaknya semakin hari semakin mencabar, termasuklah daun kari yang sering digunakan dalam masakan harian rakyat Malaysia. Terbaru, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan harga daun kari di pasaran kini boleh mencecah antara RM14 hingga RM18 sekilogram.

Menurut Pegawai Pendidikan Pertanian CAP, NV Subbarow, dapatan ini diperoleh hasil tinjauan di beberapa pasar awam baru-baru ini. Lebih mengejutkan, harga bagi sekadar segenggam daun kari sekitar 100 gram juga boleh mencecah RM3 hingga RM4.

Baca juga: Harga Mi Kuning & Kuetiau Mungkin Akan ‘Naik’ Tak Lama Lagi, Rupanya Ini Punca Utama

KENAIKAN HARGA DAUN KARI MENCECAH LEBIH 10 KALI GANDA DARIPADA ASAL

harga daun kari

Kalau dulu, daun kari ini antara bahan dapur yang biasa diberi percuma sahaja apabila membeli kelapa di pasar. Tapi keadaan sekarang sudah jauh berubah apabila ia sudah mula dijual seperti bahan dapur lain.

CAP turut menjelaskan bahawa pada asalnya daun kari dianggarkan hanya sekitar RM1 sekilogram, namun harga semasa menunjukkan peningkatan ketara sehingga mencecah RM14 hingga RM18 sekilogram.

ORANG RAMAI DIGALAKKAN TANAM SENDIRI DI RUMAH

Melihat kepada situasi ini, CAP sekali lagi menggalakkan orang ramai untuk mula menanam sendiri sayur dan herba di rumah, termasuk daun kari. Selain lebih jimat, ia juga mudah dijaga dan tidak memerlukan ruang yang besar.

Menariknya, tanaman seperti daun kari sebenarnya sangat sesuai untuk ditanam di kawasan rumah, sama ada dalam pasu kecil, tepi dapur atau sudut laman. Dengan modal yang sangat rendah, sekitar RM1 sahaja, kita sudah boleh mula menanam dan menikmati hasil sendiri.

Selain menjimatkan perbelanjaan dapur, aktiviti berkebun di rumah juga boleh menjadi terapi ringan yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi bila kita boleh petik sendiri bahan masakan segar setiap hari.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: 3 Jenis Pokok Kari Di Malaysia, Jangan Main Petik Nanti Masakan Kurang ‘Wangi’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN