bubur gandum

Bubur Chacha atau Bubur Gandum ini merupakan salah satu manisan tradisional yang digemari ramai.

Cara membuatnya mudah sahaja dan sesuai dijadikan sajian minum petang, sarapan atau dinikmati pada bila-bila masa.

Baca juga: Bubur Bunga Setaman, Ini Resepi Pemanis Mulut Yang Unik & Lazat Tak Terkata!

Seorang pengguna Facebook bernama Cahaya Jannah ada kongsikan resipi yang diwarisi dari arwah neneknya. Wow…Pasti enak. Jom cuba!

Resipi Bubur Gandum Terengganu

Bahan-bahan doh:

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu teh kapur 
  • Air secukupnya

Bahan kuah:

  • Santan secukupnya 
  • Gula melaka @ nise secukupnya 
  • Air secukupnya
  • Daun pandan

Cara memasak:

1. Untuk membuat doh, campur semua bahan dan adun sebati. Adunan lebih kurang nak buat jemput-jemput dan pastikan jangan terlalu cair atau pekat. Agak-agak sahaja.

2. Panaskan air di dalam periuk yang bersesuaian.

3. Ambil doh tepung dan tekan ke dalam tapis.

4. Bubur yang sudah ditekan akan masuk ke dalam air panas yang mendidih. Bubur ini akan timbul bila sudah masak.

5. Bila sudah timbul, toskan doh tadi.

6. Untuk membuat kuah, masak santan bersama gula melaka atau nise. Tambahkan daun pandan untuk bau wangi dan juga air jika perlu.

7. Sebatikan dan bila mendidih, masukkan doh tepung yang disejatkan tadi.

8. Gaul rata dan biarkan mendididh seketika.

9. Bubur Gandum sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN