resipi biskut butterscotch

Adakah anda teringin biskut yang rangup, kaya dengan rasa mentega dan manis berkrim? Inilah resipi biskut butterscotch yang terlajak mudah. Gabungan butterscotch cip dan kekacang pilihan, biskut ini pasti menjadi kegemaran anda sekeluarga.

Butterscotch cip berbentuk sama seperti coklat cip, tetapi berwarna coklat keperangan dan memberikan rasa manis berkrim. Aroma butterscotch yang baru keluar dari ketuhar pasti akan buatkan jiwa anda meronta-ronta ingin merasa satu!

Selain itu, biskut ini sangat mudah dibuat dan sesuai untuk sebarang majlis daripada hidangan minum petang hingga manisan  istimewa untuk tersayang.

Jom cuba resipi perkongsian di bawah ini.

Baca lagi: Resepi Apam Cheese Kukus, Hasil Gebu Gebas Dengan 5 Langkah Mudah

RESIPI BISKUT BUTTERSCOTCH 

Bahan-Bahan:

  • 250g mentega (saya guna Buttercup)
  • 140g gula perang
  • 1 biji telur B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 30g tepung jagung*
  • 250g tepung self-raising*
    (Ayak kedua-dua bahan bersama terlebih dahulu)
  • 100gram butterscotch cip
  • 100g coklat cip & coklat rice
  • 100g badam hiris (atau apa-apa kekacang pilihan)

Nota: Jika menggunakan kekacang seperti walnut atau pecan, sangai terlebih dahulu tanpa minyak.

Cara Penyediaan:

1. Dalam mangkuk besar, pukul mentega bersama gula perang hingga sebati menggunakan whisk atau spatula.

2. Masukkan telur dan esen vanila, kemudian pukul hingga rata.

3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula atau tangan hingga doh lembut terbentuk.

4. Tambahkan butterscotch cip, coklat cip, badam, atau apa-apa kekacang pilihan anda. Gaul rata menggunakan tangan untuk memastikan semua bahan tercampur sempurna.

resipi biskut butterscotch

5. Sudukan doh ke atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak. Pastikan jarak antara doh supaya biskut tidak melekat semasa membakar. Resipi ini menghasilkan kira-kira 80-100 keping biskut.

6. Bakar dalam oven pada suhu 170°C dengan api atas dan bawah selama 15-20 minit atau sehingga biskut keperangan.

resipi biskut butterscotch

Tip Tambahan:

  • Biskut ini paling menyerlah jika menggunakan butterscotch cip.
  • Jika tidak mempunyai oven, cuba gunakan air fryer dengan kawalan suhu yang sesuai.

Sumber: Dari Dapur Seorang Amatur

Baca lagi: Tip Cucur Udang Tak Serap Banyak Minyak, Ini RAHSIA Yang Peniaga Selalu Buat

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN