Rupanya mudah saja cara nak buat bebola ayam homemade. Kualitinya juga dijamin lebih bersih dan bebas tanpa bahan pengawet.
Kalau buat sendiri, ibu-ibu pun tak risau nak bagi makan dekat anak. Letak banyak-banyak dalam masakan pun tak perlu risau.
Bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati dan cara membuatnya tidak leceh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan di bawah.
Baca juga: Isi Ayam Banyak? Jom Buat Sosej Homemade, Lebih Sihat Tanpa Bahan Pengawet!
Kuantiti bahan mengikut kesesuaian adunan, jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.
1. Potong dadu atau cincang bahan yang bertanda (*).
2. Masukkan bahan yang dicincang ke dalam ayam yang telah dikisar.
3. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan tepung jagung. Gaul rata.
4. Bulat-bulatkan adunan tadi. Sambil itu panaskan air dalam periuk.
5. Bila air dah mendidih, masukkan bebola tadi.
6. Apabila bebola mula timbul pada permukaan, boleh diangkat dan toskan airnya.
7. Siap!
Kredit: Zur Ain Salim
Baca juga: Cara Buat Jejari Ayam Homemade ‘Isi Padat’, Lagi Sihat Tanpa Bahan Pengawet
Baca juga: Jom Cuba Resepi Nugget Ayam Homemade Yang Mudah, Anak-Anak Mesti Suka!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…