Bagi mereka yang suka mencuba makanan-makanan viral pasti tahu mengenai baby pancake ini.
Saiznya yang kecil dan comel juga menarik perhatian ramai. Beli satu bekas confirm tak cukup.
Apa kata jom cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian Cik Dayang Zuhaila di bawah.
Buat sendiri boleh letak topping mengikt citarasa masing-masing. Selamat mencuba!
1. Satukan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar semuanya sehingga sebati dan tidak berketul.
2. Kemudian tapis adunan supaya tekstur pancake menjadi lebih halus.
3. Tuangkan adunan ke dalam botol acuan.
4. Panaskan kuali. Sapukan sedikit butter.
5. Masak pancake mengikut saiz kesukaan masing-masing lebih kurang 10 minit. Guna api perlahan.
6. Akhir sekali letak topping mengikut citarasa masing-masing.
Kredit: Cik Dayang Zulaikha
Terasa nak makan burger ala restoran makanan segera tetapi tak mahu keluar rumah? Roti daging…
Setiap orang pastinya mempunyai gambaran tersendiri tentang rumah idaman, termasuk reka bentuk ruang dapur yang…
Kalau mencari pencuci mulut yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan, bolehlah cuba dadih…
Cara buat puding labu ini sesuai untuk ibu yang mencari idea pencuci mulut homemade untuk…
Kalau selalu makan pasta dengan sos carbonara atau bolognese, apa kata kali ini cuba kelainan…
Dah beli telur ikan mayong tetapi masih belum ada idea nak masak apa? Atau mungkin…