Categories: Resepi

Resipi Ayam Tiram Thai Versi Khairul Aming, Nampak Menyelerakan Betul!

Sebut sahaja nama Khairul Aming pastinya ramai mengenalinya. Beliau dikenali dengan video-video masakan yang sempoi. Malah resipi-resipi yang dikongsikan juga sangat mudah untuk dicuba dan diikuti. Salah satu resipi yang ‘viral’ adalah resipi Ayam Tiram Thai.

Boleh dikatakan, semua video masakan beliau telah menjadi fenomena dan  menjadi inspirasi kepada mereka yang baru menjinak-jinak dalam masakan. Turut memberi ilham buat penonton untuk memasak juadah makan tengahari atau makan malam.

Nak tahu cara memasaknya? Jom lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Ayam Tiram Thai Versi Khairul Aming

Bahan-bahan perapan ayam:

  • 10 ketul ayam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Garam/secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara penyediaan perapan ayam:

  1. Satukan semua bahan dan lumur sebati pada ayam.
  2. Bakar dalam air fryer atau oven pada suhu 180-200°C selama 20 minit.

Bahan sos:

  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi merah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap cair
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji perahan limau nipis/lemon
  • Daun ketumbar yang dipotong halus

Cara-cara penyediaan sos:

  1. Satukan bawang putih dan cili padi merah. Tumbuk sampai lumut menggunakan lesung.
  2. Masukkan bahan lain dan gaul semua bahan sampai sebati.
  3. Akhir sekali curahkan ke atas ayam yang sudah masak.
  4. Selamat mencuba!

Kredit: Raja Siti Afiqah Azmi

Baca juga: Terliur Nak Makan Croissant Cicah Coklat Panas Ala Di Paris? Khairulaming Kongsi Cara Pesan Di Starbucks

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago