Categories: Tips & Petua

Haid Tak Lawas & Tak Menentu? Jom Amalkan Minum Air Kunyit Asam Jawa Ini

Ada hadapi masalah haid tidak teratur? Jom amalkan air kunyit asam jawa ini. Bukan sahaja bagus untuk melancarkan haid, malah ada banyak kelebihan lain jika mengamalkan minuman ini.

Wajah akan lebih bersih, memberikan tenaga, awet muda dan banyak lagi. Tetapi jangan amal minum setiap hari  kunyit bersifat mengeringkn darah haid, jadi boleh mempercepatkan pra menopause.

Jadi tidak ada salahnya jika kita amalkan cara tradisional selain dari berjumpa doktor untuk mengesan punca haid tidak teratur. Kalau nak tahu cara membuat air kunyit asam jawa ini, jom baca perkongsian oleh Lyndah Abraham di bawah.

Air Kunyit Asam Jawa

Nak period lawas..nak period lancar? Amalkan lah jamu. Jamu ni bukan makan hari-hari seumur hidup pun. Ada masa kita rehat ada masa kita makan. Bila kita berjamu period akan lawas dan lancar. Malah ada yang hilang senggugut macam saya. Selain dari jamu boleh amalkan, Air Kunyit Asam Jawa versi Mak kita.

Bahan-bahan:

  • Kunyit hidup 1 inci
  • Halia 1 inci
  • Asam jawa 1 sudu makan
  • Garam secubit
  • Air suam 1 cawan

Cara-cara:

1. Tumbuk lumat kunyit, halia dan garam.

2. Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.

3. Tapis air kunyit asam kedalam cawan tadi.

4. Sedia untuk di minum. Boleh Amalkan sebulan sekali (haid hari ke 2 atau selepas haid).

5. Tak perlu rebus, kalau nak rebus boleh je. Tapi mak kita cakap khasiat tak sama.

AMARAN: Dinasihatkan supaya tidak di amalankn setiap hari kerana kunyit bersifat mengeringkn darah haid, jadi boleh mempercepatkan pra menopause.

Khasiat air kunyit asam jawa:

  • Melancarkan darah haid atau nifas.
  • Melawaskan pembuangan bagi dalam pantang sangat2 membantu dari terkena sembelit. Bagi berpantang boleh amalkan selama 3 hari berturut-turut.
  • Menaikkan seri wajah.
  • Mencantikkn tubuh.
  • Menyihatkan tubuh.
  • Memberi tenaga.
  • Awet muda jika diamalkan.

Kredit: Lyndah Abraham

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

1 day ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

1 day ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

1 day ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

1 day ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

1 day ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

1 day ago