Resipi ayam masak laos ini kadangkala lebih dikenali sebagai ayam masak lengkuas yang mempunyai rasa yang sungguh beraroma.
Juadah ini daripada gabungan serai, lengkuas, bawang putih, bawang merah, dan cili ini menghasilkan rasa yang penuh aromatik dan sememangnya sedap. Makan bersama nasi putih dan nasi minyak, menjilat jari dibuatnya.
Jom tengok resipi penuh di bawah ini. Rugi kalau anda tak cuba!
Baca lagi: Donat Pisang Paling Lembut, Wanginya Sampai Semerbak Satu Rumah
RESIPI AYAM MASAK LAOS
Bahan-Bahan
- 1 ekor ayam – dipotong ikut saiz pilihan
- 6 batang serai – dihiris halus
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 10 ulas bawang putih
- 15 biji bawang merah
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 2 senduk cili kering kisar
- Garam dan perasa secukup rasa
Cara Penyediaan
1. Kisar semua bahan seperti serai, halia, lengkuas, bawang putih, bawang merah, dan serbuk kunyit sehingga halus.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau dan cukup wangi.
3. Masukkan ayam yang telah dipotong, dan tambahkan 2 senduk cili kering kisar. Gaul sebati dan biarkan ayam masak dalam bahan tumisan.
4. Masukkan sedikit air jika perlu, tetapi ingat ayam juga akan mengeluarkan air sendiri semasa proses memasak. Tambahkan garam dan perasa secukup rasa.
5. Tutup periuk dan biarkan masakan hingga naik minyak dan ayam empuk sepenuhnya.
6. Setelah ayam empuk dan kuah berempah pekat, angkat dan hidangkan panas-panas.
Selamat mencuba!
Sumber: Malatimah Bandi
Baca lagi: Beza Timun Biasa Dan Timun Jepun, Salah Pilih Boleh Jadi Kelat & Pahit!