Jom cuba resipi ayam kicap simple yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh di bawah ini.
Menurut beliau, resipi tersebut merupakan hasil yang dipelajari dari arwah ibunya.
Kalau kalian tiada idea nak masak apa, bolehlah cuba masak menu ini nanti ya. Selamat mencuba!
Baca juga: Bapa Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ayam Rangup, Anak Mesti Naik Selera!
1. Cuci bersih ayam. Gaul dengan garam, ajinamoto dan kunyit.
2. Goreng ayam sehingga separa masak, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tumbuk serai, halia dan bawang putih sehingga halus dan lumat.
4. Tumiskan bahan tumbuk sehingga perang.
5. Masukkan cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
6. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
7. Perasakan dengan garam, ajinamoto dan gula.
8. Seterusnya masukkan bawang besar dan cili besar.
9. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata.
10. Siap! Selamat mencuba.
Kredit: Yayar B. Awang Noh
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…