Ayam gulung seaweed ini sesuai dijadikan kudapan atau lauk ringkas untuk keluarga. Isi ayam dikisar halus bersama beberapa bahan sebelum dipaipkan atas kepingan seaweed dan digulung.

Menariknya, cara membuat ayam gulung seaweed ini tidak memerlukan teknik yang rumit. Adunan ayam hanya perlu dikisar menggunakan chopper, kemudian dimasukkan ke dalam piping bag atau plastik sebelum digulung bersama seaweed.

Selepas siap digulung, setiap gulungan boleh dipotong menggunakan gunting kepada beberapa bahagian sebelum digoreng sehingga keemasan. Hidangkan bersama sos cili atau sos Thai untuk lebih menyelerakan.

Baca juga: Resipi Telur Dadar Goreng Crispy, Rangup Macam Kulit Ayam Pasar Malam

RESIPI AYAM GULUNG SEAWEED

ayam gulung

Bahan ayam:

  • 2 keping dada ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • Sos tiram
  • 1 biji telur
  • 3 sudu tepung jagung
  • Garam dan secukup rasa
  • Daun bawang (dihiris halus)

Bahan pelekat:

Lain-lain:

  • 10 keping seaweed

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan dada ayam, bawang putih, bawang goreng, sos tiram, telur, tepung jagung serta garam ke dalam chopper. Kisar sehingga halus.
  2. Tuangkan adunan ayam ke dalam bekas dan campurkan dengan daun bawang yang telah dihiris halus.
  3. Masukkan adunan ayam ke dalam piping bag atau plastik.
  4. Untuk membuat bahan pelekat, bancuh tepung jagung, tepung gandum dan air sehingga sebati.
  5. Ambil sekeping seaweed dan paipkan adunan ayam di atasnya.
  6. Gulung seaweed bersama adunan ayam, kemudian sapukan bancuhan tepung pada hujung seaweed supaya gulungan melekat.
  7. Potong setiap gulungan kepada 6 bahagian menggunakan gunting.
  8. Panaskan minyak dan goreng ayam gulung seaweed sehingga berwarna keemasan.
  9. Angkat dan hidangkan bersama sos cili atau sos Thai.

Sumber: Mas Salleh

Baca juga: Resipi Sambal Burger Malaysia Yang Melimpah-Limpah, Tengok Pun Dah Buat Terliur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending