ayam goreng kunyit

Dah biasa masak ayam goreng kunyit kan? Biasanya kita guna serbuk kunyit dan garam saja untuk dilumurkan pada ayam.

Kalau ikut cara orang dulu, mereka tak guna serbuk kunyit pun. Rasa juga lagi padu dan sedap. Tapi ramai orang zaman sekarang tidak lagi menggunakan cara ini.

Seorang pengguna laman sosial TikTok, Fadhzil Abidin ada berkongsikan cara-caranya. Sekali cuba cara ini, pasti takkan guna serbuk kunyit dah.

Baca juga: Cara Mudah Simpan Ayam Yang Ramai Tak Terfikir, Tak Perlu Rendam Lagi Bila Nak Masak

CARA BUAT AYAM GORENG KUNYIT TANPA SERBUK KUNYIT

Bahan-bahan:

  • Kunyit hidup
  • Cili api

Cara-cara:

1. Tumbuk kunyit hidup dan cili api secukupnya.

2. Lumur rata pada ayam dan goreng ayam sehingga masak.

3. Bila ayam dah masak, angkat dan tos minyak.

4. Jangan lupa kaup serdak dalam minyak. Ini yang membuatkan hidangan rasa lagi sedap.

Video asal klik di sini.

Sumber: @fadhzilabidin

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN