Categories: Resipi

Resipi Ayam Goreng Kelapa Yang Rangup & Wangi, Aroma Semerbak Sampai Ke Rumah Sebelah!

Pasti ramai yang pertama kali mendengar menu ayam goreng kelapa parut kan? Hidangan ini yang juga dikenali sebagai ayam goreng serunding kelapa, sangat popular dalam masakan Jawa dan Indonesia. Aroma rempahnya yang wangi bersama kelapa parut yang digoreng hingga rangup memang buat sesiapa pun terus teruja walaupun baru pertama kali cuba.

Biasanya hidangan ini dihidangkan sebagai lauk istimewa untuk keluarga, terutama bila nak menu yang lebih “power” daripada ayam goreng biasa. Walaupun nampak seperti hidangan yang susah, sebenarnya cara penyediaannya cukup mudah dan bahan-bahannya pun tidaklah terlalu susah nak dapat.

Yang buatkan menu ini lebih menarik ialah gabungan rasa lemak kelapa, rempah berempah dan ayam yang dimasak hingga empuk sebelum digoreng keemasan. Sekali cuba, memang boleh jatuh cinta dan confirm nak ulang buat lagi!

Baca juga: Resipi Sup Ayam Tanpa Sup Bunjut, Cara Ini Lagi Ringkas Tapi Hasilnya Rasa Tetap ‘Kick’!

RESIPI AYAM GORENG KELAPA PARUT

Bahan utama:

  • 1 kg ayam (potong 8–10 bahagian)
  • 250g kelapa parut separuh tua
  • 500 ml air kelapa (atau air biasa)
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan tak perlu kisar:

  • 3 helai daun salam
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 inci lengkuas (dititik)

Bahan kisar:

  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras (disangai)
  • 3 cm kunyit
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu kecil gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Cuci bersih ayam dan toskan supaya tidak terlalu basah.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, buah keras, kunyit, halia, ketumbar, lada putih, garam dan gula sehingga halus.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan serai, daun salam, daun limau purut dan lengkuas, kacau sehingga wangi.
  5. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam bertukar warna.
  6. Tuangkan air kelapa (atau air biasa) dan masukkan kelapa parut. Gaul sebati.
  7. Masak dengan api sederhana kecil sehingga air hampir kering, ayam empuk dan kelapa menjadi serunding kering. Kacau sekali-sekala supaya tidak hangus.
  8. Asingkan ayam dan serunding kelapa.
  9. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kuning keemasan, kemudian toskan.
  10. Gunakan api kecil, goreng serunding kelapa sehingga rangup dan berwarna keemasan. Angkat dan toskan minyak.
  11. Hidangkan ayam goreng bersama taburan serunding kelapa di atasnya. Sedap dimakan bersama sambal dan ulam segar.

Sumber: Dini Fauziah

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Masak Merah Ayam, Suami Puji ‘Paling Sedap’ Sampai Selalu Minta Buat!

Wan N

Recent Posts

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

6 mins ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

57 mins ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

4 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

4 hours ago

Resepi Ayam Masak Padang Tanpa Santan, Kuah Pekat Dengan Rasa Rempah Pedas Masam!

Resepi ayam masak padang sesuai dicuba bagi penggemar lauk berempah yang kaya dengan rasa dan…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Cili Api Pedas Menyengat… Menu Makan Malam ‘Anti-Diet’, Memang Tak Cukup!

Ayam masak cili api antara menu makan malam yang sesuai untuk penggemar hidangan pedas. Rasa…

24 hours ago