resepi masak merah ayam

Resepi masak merah ayam memang antara lauk wajib yang selalu buat orang tambah nasi tanpa sedar. Gabungan rasa pedas, manis dan sedikit masam memang cukup membuka selera, lebih-lebih lagi kalau dimakan dengan nasi panas dan timun rangup di tepi.

Kadang-kadang, lauk simple macam ini yang paling menjadi kegemaran di rumah. Lagi seronok bila ada yang puji sedap. Fuh, memang boleh naik semangat nak masak setiap minggu!

Kalau anda tengah mencari resipi yang tak renyah tapi rasa macam kedai makan, inilah dia. Bahan pun mudah, cara masak pun tak leceh. Jom kita tengok macam mana nak buat ayam masak merah yang dijamin jadi kegemaran keluarga.

Baca juga: Resipi Ayam Stim Halia Paling Senang, Tak Tumis Tak Goreng Tapi Sedap Luar Biasa!

RESEPI MASAK MERAH AYAM

resepi masak merah ayam

Bahan kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia (sedikit sahaja untuk naikkan aroma)

Bahan lain:

  • Cili kisar / lada mesin
  • Gula
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Ayam (digoreng separuh masak bersama kunyit dan garam)
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Goreng separuh masak supaya tekstur ayam lebih sedap bila dimasak bersama kuah nanti.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia). Tambahkan sedikit garam supaya bawang cepat layu dan masak dengan sekata. Gunakan api sederhana supaya tidak hangus.
  3. Bila bahan tumis dah naik bau wangi, masukkan cili kisar. Tumis sampai cili betul-betul masak dan pecah minyak. Ini penting supaya rasa tidak “mentah”.
  4. Masukkan sedikit air, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih perlahan.
  5. Bila kuah dah pekat dan cukup rasa, masukkan ayam goreng tadi. Gaul rata supaya ayam bersalut dengan kuah masak merah yang pekat dan berkilat.
  6. Biarkan seketika supaya ayam serap rasa. Tutup api dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

Sumber: Thread @_nrsyakilla24

Baca juga: Rahsia Masak Ayam Kurma Berkuah Pekat & Wangi, Kena Ikut Teknik ‘Tumis 3 Kali’ Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN