resipi ayam goreng bawang

Pening kepala bila tengok bahagian isi ayam selalu tak laku. Jangan risau kami ada penyelesaiannya, apa kata anda cuba resipi ayam goreng bawang putih.

Bau wangi bawang putih yang menyelaputi ayam menjadikan lebih selera untuk meratah! Mesti jadi rebutan keluarga.

Resipi ini semudah membaca ABC dan mengira 123 untuk anda cuba buat di rumah. Tunggu apa lagi? Jom sediakan bahan dan ikut resipi di bawah!

Baca lagi: Resipi Ayam Masak Merah Style Orang Lama, Letak ‘Bahan Ini’ Rasa Lagi Mantap!

RESIPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH

Bahan-bahan:

  • Ayam: 1/2 ekor, dipotong kecil
  • Bawang besar: 1 biji
  • Bawang putih: 1 labu (bahagi dua; separuh dikisar, separuh lagi digoreng bersama ayam)
  • Tepung jagung: 3 sudu besar
  • Sos tiram: 1 sudu besar
  • Biji ketumbar: 1 sudu besar
  • Garam dan serbuk pati ayam

Cara Penyediaan:

1. Kisar bawang besar dan separuh daripada bawang putih. Tumbuk kasar biji ketumbar.

2. Gaul ayam bersama bahan kisar, biji ketumbar yang ditumbuk, sos tiram, garam, serbuk pati ayam, dan tepung jagung.

3. Pastikan adunan agak pekat supaya tepung melekat pada ayam. Jika terlalu cair, tambahkan sedikit lagi tepung jagung.

4. Perap ayam selama 30 minit hingga 1 jam.

5. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.

6. Goreng ayam sehingga berwarna keemasan dan garing.

7. Apabila ayam hampir masak, masukkan bawang putih yang tidak dikisar dan goreng bersama ayam untuk menambahkan aroma.

Tips Tambahan:

  • Gunakan api sederhana: Ini penting untuk memastikan ayam masak dengan sempurna, rangup di luar dan lembut di dalam.
  • Perapan yang cukup: Jika anda mempunyai masa, perap ayam selama sejam atau lebih. Ini akan meningkatkan rasa ayam dan menjadikannya lebih enak.

Sumber: Tunku Puteri Baizura

Baca lagi: Jenis Tauhu Sedap Dan Lembut, Yang ‘Last’ Itu Ramai Guna Buat Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN