Setiap kali pergi IKEA wajib makan ayam goreng chicken wings yang lazat. Rupanya tak susah pun kalau nak cuba buat sendiri ayam goreng ala IKEA.
Kalau buat sendiri, lagi puas makan sebab bahan yang digunakan pun tak mahal. Boleh repeat buat banyak kali pulak tu.
Jom cuba buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Nurul Ateekah di bawah.
1. Cuci ayam bersama 1 sudu besar garam sehingga bersih dan toskan.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak. Gaul sebati dan simpan dalam plastik atau bekas tertutup.
3. Perap selama paling kurang 8 jam dan sebaiknya semalaman dalam peti ais biasa (bukan tempat beku).
1. Keluarkan ayam dari peti sejuk 30 minit sebelum menggoreng.
2. Panaskan minyak menggunakan api sederhana pada suhu 150°C atau celupkan lidi, jika berbuih pada permukaan lidi bermakna suhu sudah mencapai 150°C.
3. Masukkan 3 hingga 4 keping kepak ayam dan goreng selama 3 minit, kemudian balikkan dan goreng lagi selama 3 minit (jumlah menggoreng selama 6 minit).
4. Angkat dan toskan ayam (lapik tisu pada pinggan) dan rehatkan selama 6 minit.
5. Kemudian masukkan semula ayam dalam kuali. Goreng sehingga garing paling kurang selama 3 hingga 4 minit (tujuannya untuk mendapatkan tekstur yang rangup di luar dan berjus di dalam). Ayam juga masak dengan sempurna.
6. Angkat dan toskan. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!
Kredit: Nurul Ateekah
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…