Jom cuba Resipi Sup Ayam Siam ini. Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam yang beri rasa dan aroma sebegitu. Unik bukan?
Mudah saja cara penyediaannya yang telah dikongsikan oleh saudara Khairul Abdullah di laman sosial Facebook beliau. Jom lihat cara membuatnya di bawah. Selamat mencuba!
1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumiskan lemak/kulit ayam agak garing dan masukkan bawang putih, halia, bawang besar dan serai.
2. Tumis sampai harum dan layu, kemudian masukkan air.
3. Bila dah menggelegak, masukkan ayam dan kentang serta sup bunjut dan juga kiub ayam dan kacau sebati.
4. Bila ayam dah masak elok lalu masukkan sos ikan, tomato dan daun limau purut serta cili padi.
5. Perahkan limau nipis ikut kadar kemasama yang disukai. Perasakan dengan garam dan ajinamoto jika suka. Seterusnya taburkan hirisan daun ketumbar. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit: Khairul Abdullah
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…