resipi ayam berempah sedap

Kalau anda sedang mencari resipi ayam berempah sedap, ini memang pilihan tepat untuk dicuba di rumah. Ayam digoreng bersama rempah pilihan sehingga wangi dan meresap ke dalam isi. Hasilnya, ayam rangup di luar tetapi masih juicy di dalam, memang memikat selera.

Rahsia ayam goreng berempah yang sedap ialah gabungan rempah segar dan rempah kering, ditambah daun kari yang wangi. Jadi, tidak hairanlah menu ini digemari oleh semua peringkat umur. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Kunyit Rangup & Tak Keras, Lauk Yang Semua Orang Takkan Tolak

RESIPI AYAM BEREMPAH SEDAP

resipi ayam berempah sedap

Bahan-bahan kisar:

  • Serai
  • Lengkuas
  • Biji ketumbar
  • Bawang merah
  • Bawang putih

Semua bahan ini dikisar halus supaya rempah lebih mudah meresap dan aroma lebih kuat bila digoreng.

Bahan-bahan rempah kering:

  • Serbuk kari daging pedas
  • Serbuk kunyit
  • Perasa secukupnya
  • Serbuk jintan (boleh guna jintan kasar biji atau kisar sekali bersama ketumbar)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan ayam ke dalam bekas bersih.
  2. Campurkan bahan kisar bersama semua rempah kering ke dalam ayam.
  3. Gaul sehingga sebati dan pastikan setiap bahagian ayam disaluti rempah.
  4. Perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Jika ada masa lebih, perap lebih lama untuk rasa rempah yang lebih padu.
  5. Garam dan daun kari ditambah semasa ayam hendak digoreng.
  6. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
  7. Goreng ayam sehingga masak keemasan dan garing di luar, tetapi masih juicy di dalam.
  8. Angkat dan toskan sebelum dihidangkan.

Sumber: Thread hana_heleena

Baca juga: Resipi Ayam Sambal Bali, Kuah Pekat Melekat & Lazat Sampai Menjilat Jari

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN