Bila tiba di negeri Melaka bandar bersejarah, memang tak sah kalau tak makan Asam Pedas Melaka Asli. Kadang-kadang tertanya, macam mana kedai ni buat kuah pekat, sedap dan padu macam tu.
Haa, kini tiada rahsia lagi. Rupanya ada rahsianya nak buat asam pedas sama macam di Melaka. Puan Liza Idris ada berkongsikan cara-caranya. Jom sama-sama cuba nanti ya.
Baca juga: Resipi Kuih Keria Gula Melaka, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam
1. Kisar semua bahan kecuali cili kisar.
2. 1 mangkuk cili kisar asingkan.
3. Panaskan minyak, goreng 1 sudu besar halba hingga kekuningan dan naik bau.
4. Masuk bahan kisar dan semangkuk kecil cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
5. Masuk 1 sudu kecil gula. Boleh juga ganti dengan gula melaka, lagi sedap.
6. Letak 2 batang serai yang diketuk. Kemudian masukkan 1 sudu paste Asam Jawa. Kacau rata.
7. Masuk 1 mangkuk air. Kacau-kacau dan biar didih sedikit.
8. Masukkan bendi serta daun kesum. Didihkan lagi sampai bendi separuh lembut.
9. Dah boleh masuk ikan. Saya guna 4 ketul ikan pari. Tak kisahla ikan apa nak guna.
10. Masuk pula bunga kantan yang dibelah dua. Masak sampai naik bau aroma daun kantan.
11. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan kacau lagi.
12. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.
Kredit: Liza Idris
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…