Asam laksa original cina ni rasa dia masam, manis dan pedas. Berbeza dengan rasa kuah laksa penang walaupun rupa hampir sama.
Asam laksa tidak menggunakan santan dan bahan utama sudah tentulah isi ikan yang direbus dan diberikan perasa dengan asam gelugur.
Siapa suka makan Ah Cheng Assam Laksa mesti teringat masam terangkat dia macam mana. Jom lihat resipi membuatnya di bawah.
Baca juga: Peniaga Ini Kongsi Resipi Laksam Jualannya Yang Laku Keras
1. Kisar semua bahan-bahan pes. Kemudian tumis menggunakan minyak yang sedikit saja.
2. Tumis sehingga naik bau.
3. Bila dah wangi, masukkan bahan ini pula:
4. Kemudian masukkan isi ikan yang sudah direbus seketul-seketul macam ini. Biarkan mereneh supaya kuah asam meresap ke dalam ikan.
(Ikan untuk resepi ni saya pakai ikan borek sekilo lebih sikit saja. Cuci bersih rebus sampai masak. Ikan sardin/selayang pun sedap)
5. Kemudian masukkan semua air rebusan ikan tadi. Tambahkan juga air sehingga kuah tidak terlalu pekat dan tidak cair.
6. Akhir sekali, tambah otak udang dalam 2 hingga 3 sudu besar serta perasakan dengan garam dan ajinamoto secukup rasa.
(Otak udang ni manis, kalau terletak lebih kuah akan jadi manis)
7. Ni rupa otak udang. Pes udang.
8. Semasa dihidangkan, boleh cedok isi ikan seketul-seketul ke dalam mangkuk.
Kredit: Faiza Halim
Kalau sedang mencari resipi roti yang boleh dibuat untuk sarapan atau bekal anak ke sekolah,…
Resipi Sardin Kari sesuai untuk anda yang sudah tidak tahu nak makan apa. Kalau sardin…
Kuih cucur topi antara kuih tradisional yang mungkin buat ramai teringat zaman kecil. Bentuknya yang…
Ikan temenung masak asam antara lauk kampung yang nampak ringkas, tetapi gabungan rasa masam, manis…
Pernah tak buka peti sejuk dan ternampak beberapa biji telur yang sudah lama dibeli? Tarikh…
Nak tahu cara buat tart nenas yang sedap, mudah diterap dan tidak menggunakan telur? Rupanya,…