Rupanya tak susah mana kalau anda nak cuba buat pencuci mulut western yang sedap seperti French Apple Tart ini.
Cara membuatnya hanya memerlukan 4 bahan mudah iaitu roti canai segera, gula perang, epal hijau dan marjerin.
Gabungan rasa masam buah epal dan manis gula karamel sangat sedap dan sesuai. Penggemar dessert memang wajib cuba!
Baca juga: Resipi Kek Marble Jelita Paling Sedap & Mudah, Ada 1 Bahan RAHSIA Wajib Letak
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Kupas kulit epal hijau dan buang bahagian tengah dan belah kepada dua bahagian. Ketepikan.
2. Dalam kuali, masukkan gula perang. Panaskan sehingga gula cair.
3. Bila gula dah cair, masukkan butter. Gaul sehingga sebati dan jadi seperti dalam gambar.
4. Ambil loyang yang sudah dilapik dengan baking paper. Tuang gula karamel tadi dan ratakan. Kemudian ambil epal tadi dan susun di atas gula karamel.
5. Ambil roti canai segera, hamparkan ke atas epal. Buat sebanyak dua lapisan. Kemaskan sehingga tertutup rata.
6. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C selama 5 minit. Kemudian baru boleh bakar apple tart selama 20 minit hingga 30 minit.
7. Terbalikkan loyang ke dalam pinggan. Letakkan juga aiskrim vanilla di bahagian atas, sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!
Video penuh:
@chesayang_kitchen Episod 140 | Resepi French Apple Tart 4 Bahan | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh 👉🏻 – 2 keping roti canai instant – 1/2 cawan gula perang atau gula pasir (80 gram) – 3 ke 4 biji epal hijau (masam) – 1 sudu setengah majerin atau butter (35 gram) Nota : Panaskan oven 180 celcius 5 minit sebelum masukkan tart dan bakar 180 celcius, 20-30 minit. Maintain suhu dan masa yang sama jika guna airfryer Selamat mencuba 😁 #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #appletart #dessert #longervideos
Kredit: TikTok Che Sayang Kitchen
Baca juga: Cream Cheese Homemade, Guna 3 Bahan Dengan Modal RM13 Je!
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…